Virus air kencing tikus atau leptospirosis merupakan satu penyakit yang berjangkit dan boleh membawa maut. Penyakit ini juga dikenali sebagai sindrom Weil, demam canicola, demam ladang tebu dan demam 7 hari. Jangkitan ini berlaku disebabkan oleh beberapa spesis dari keturunan leptospira yang berbentuk lingkaran (spiral shape).
Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang
dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus mondok
merupakan hos utama, sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab,
landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu
mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua.
Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari
rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit. Leptospirosis
disebarkan melalui air mani haiwan dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan
boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.
Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air,
makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini
mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui
sentuhan luka pada kulit.
Penyakit ini tidak diketahui berjangkit dari manusia ke
manusia dan kes penyebaran bakteria pada mereka yang sedang sembuh amat jarang
bagi manusia. Leptospirosis biasa berlaku di kalangan peminat sukan air di
kawasan tertentu kerana lama berendam dan menggalakkan kemasukan bakteria ke
dalam tubuh badan.
Pekerjaan berisiko terkena jangkitan ini adalah veterinari,
pekerja penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, peladang dan juga pesawah.
Faktor risiko termasuklah:
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani,
penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu,
pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan
berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang
peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang
perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti
tikus, tupai dan arnab.
Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus
tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung
atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
Tanda-tanda terkena
jangkitan
Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10
hari).
Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan
sakit kepala.
Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit
tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku
Radang selaput mata.
Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot,
pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan
otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.
Langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil
Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti
berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada
pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi
sarung tangan dan sebagainya.
Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang
sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan
tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan
disinfeksi tempat yang telah dicemari.
Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran.
No comments:
Post a Comment