Keselamatan dan Kebersihan Air dari Mesin Jual Air
Kementerian Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa keselamatan dan kebersihan air dari mesin jual air adalah dikawal di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Peraturan 360C(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 memperuntukkan air dari mesin jual air hendaklah mematuhi standard seperti yang ditetapkan di dalam Jadual Kedua Puluh Lima termasuk standard bakteria manakala Peraturan 55, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 menetapkan keperluan-keperluan kebersihan mesin jual air.
Berhubung dengan laporan akhbar the Star bertarikh 19 Ogos 2014 bertajuk “Bacteria in your drinking water” iaitu mengenai air dari mesin jual air yang tercemar, 15 sampel air dari mesin jual air telah diambil dan keputusan analisis mendapati 4 sampel melanggar Peraturan 360C(3),
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu 3 sampel dikesan mengandungi coliform melebihi had dibenarkan sementara 1 sampel dikesan mengandungi E. coli. 4 mesin air tersebut telah disita.
KKM menegaskan bahawa KKM akan terus menguatkuasakan peraturan-peraturan berkenaan.
Pemunya atau pengendali mesin jual air yang tidak mematuhi peraturan-peraturan berkenaan akan dikenakan tindakan perundangan termasuk penyitaan mesin jual air.
DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KetuaPengarah Kesihatan Malaysia
Menteri Kesihatan Malaysia
5 September 2014
No comments:
Post a Comment