Thursday, 18 September 2014

KENAPA PERLU PENAPIS AIR DIRUMAH?




Pengenalan

Penggunaan alat penapis air di rumah menjadi begitu popular lantaran masyarakat kini semakin sedar tentang kesihatan mereka dan prihatin terhadap kualiti bekalan air awam.

Apakah jenis-jenis alat penapis air di rumah?

Sistem rawatan air di rumah adalah termasuk pelembut air dan penapis air. Ia terbahagi kepada dua kategori asas iaitu : punca tempat air masuk dan punca tempat air diguna. Sistem rawatan air di rumah kategori punca tempat air masuk akan merawat semua air yang disalur masuk dan yang digunakan di rumah.
Manakala sistem rawatan air kategori punca tempat air diguna akan merawat sebahagian air daripada sistem pengaliran air rumah seperti penapis air yang selalunya hanya menggunakan satu kepala paip. Air ini biasanya hanya digunakan untuk minuman dan masakan. Di antara contoh sistem rawatan air kategori punca tempat air diguna adalah penapis air osmosis berbalik, penyulingan dan karbon teraktif.

Sejauh mana penggunaan alat penapis air di rumah begitu popular?

Kaji selidik Kualiti Air Pengguna Peringkat Kebangsaan Januari 1999 menunjukkan bahawa 38% orang dewasa dilaporkan menggunakan alat penapis air di rumah, iaitu peningkatan sebanyak sepuluh peratus sejak tahun 19951. Empat puluh tujuh peratus (47%) responden menyatakan bahawa mereka akan lebih berminat untuk membeli rumah yang telah dilengkapi oleh alat penapis air jika mereka berkeinginan untuk memiliki rumah baru.
Di Pahang, kajian di kalangan isi rumah menunjukkan bahawa hampir separuh daripada mereka mempunyai satu atau lebih alat penapis air di rumah masing-masing. Namun, 44% yang belum mengguna alat penapis air, bercadang untuk memilikinya2. Kajian yang dijalankan di Johor pula menunjukkan hampir sepertiga (34%) daripada anggota pergigian menggunakan alat penapis air di rumah, dari jenis penapis air yang menggunakan sistem karbon teraktif.

Kenapa penggunaan alat penapis air di rumah menjadi pilihan?

Majoriti pengguna menggunakan alat penapis air bertujuan untuk menyingkirkan rasa payau pada air dan juga untuk menyahkan warna atau bendasing yang ada di dalam bekalan air awam. Kesimpulannya penggunaan alat penapis air di rumah adalah untuk manfaat kesihatan dan meningkatkan kualiti air tersebut.


No comments:

Post a Comment