Tuesday, 30 September 2014

Perbezaan Air Mineral Dan Air Minuman


Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua macam mana hendak membezakan antara air mineral semulajadi dan air minuman yang disuling. Ramai yang keliru dengan perbezaan jenama air mineral yang berada dipasaran. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu mana satu hendak dipilih. Cuma saya ada beberapa jenama yang menjadi kegemaran saya berdasarkan deria rasa dihujung lidah saya.

Air mineral yang 'sedap' diminum itulah menjadi pilihan saya kerana pada mulanya saya menganggap semua air mineral mengandungi kandungan mineral yang sama. Tetapi itu bukannya cara yang baik untuk memilih air mineral. Bayangkanlah jika air yang berisipadu 1500ml dijual dengan RM2.00 padahal pengilang air tersebut hanya mengambil air paip dan membotolkannya sebagai air mineral. Tentu wang yang anda belanjakan tidak berbaloi.




Sebelum itu, anda harus tahu apakah itu air mineral dan air minuman yang saya maksudkan. Air mineral adalah air yang diperolehi dari bawah tanah, dipam naik dan akan melalui proses penyulingan. Kemudian, air itu akan dibotolkan. Air ini mengandungi beberapa sumber mineral dari dalam tanah. Proses penyulingan ini akan memalui beberapa langkah bertujuan untuk membuang kuman dan bahan-bahan asing. Ianya boleh dikenali dengan warna PENUTUP BOTOL YANG BERWARNA (biru, hijau atau warna lain selain warna putih).


AIR MINERAL



AIR MINUMAN


Manakala, air minuman pula adalah air paip yang disuling. Dalam proses penyulingan beberapa elemen mineral ditambah pada air paip. Setelah menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan kimia dalam air, kandungan mineral juga turut berkurangan. Ianya boleh dikenali dengan warnaPENUTUP YANG BERWARNA PUTIH.

Ini adalah perbezaan yang telah dipersetujui oleh semua pembekal dan persatuan pembuat air botol minuman di Malaysia. Sekiranya ada botol air minuman lain selain yang berada dipasaran, misalnya air minuman Syarikat MLM DCL tu, itu berkemungkinan lain sebab ianya ditambahkan dengan Oksigen. Lagipun, syarikat ni menjual alat penapis untuk menghasilkan air minuman tersebut kan. Belum mencubanya tetapi ada yang cakap bagus.

Bagaimana pula dengan air minuman RO atau Reverse Osmosis? Jika dibotolkan, penutupnya adalah berwarna putih cuma yang membezakannya dengan air minuman suling ialah tertera pada botol RO Water atau Air Osmosis Berbalik. Kalau anda menggunakan mesin air minum reverse osmosis dirumah, saya lebih mengesyorkan penggunaan mesin ini Ianya ebih terjamin kerana anda sendiri yang menyelenggaranya.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada anda memilih air minuman yang anda minum..sekadar berkongsi pengetahuan dengan semua. Pilihlah dengan bijak.

Sunday, 21 September 2014

BARAH



Punca Ia Terjadi, Cara Mengesan, Rawatan dan Pencegahan

Barah terjadi hasil dari pertumbuhan dan percambahan sel tubuh, lymph dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun akan membunuh mangsanya. Barah merupakan salah satu dari punca utama kematian manusia.

Pertumbuhan sel yang normal

Di dalam tubuh manusia terdapat berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati, limpa dan yang lain. Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal, dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain.
Sel-sel ini akan mati dan diganti melalui proses pembahagian sel. Proses ini dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi. Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati. Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu.

Sel-sel barah

Sel-sel barah membahagi dan bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal. Proses itu berterusan sehingga rawatan diberi. Percambahan yang begitu cepat menjadi ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal secara teratur sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung menyerupai tisu-tisu yang normal. Bahan makanan diserapi melalui sel-sel yang normal, tetapi sel-sel barah ini tidak berfungsi langsung.

Jenis-jenis barah

Barah dikelaskan mengikut dari mana datangnya sel-sel barah ini iaitu:
Karsinoma - dari permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing, rahim, prostat, usus kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih.
Sarkoma - dari struktur dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak.
Lymphoma - dari kelenjar lymph.
Lukemia - dari sel darah putih.

Ketumbuhan

Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang "benign". Jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan "benign" tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan "malignant" merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya.

Ketumbuhan "benign" kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan "benign" perlu dikeluarkan melalui pembedahan.

Asal-usul barah

Sel barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal.
Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.

Cara barah membiak

Sel barah berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk ke dalam saluran darah.
Fungsi kelenjar lymp adalah menapis keluar sel-sel yang mati dan jangkitan. Sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh mangsanya.

Mengapa barah terjadi?

Sebab terjadinya barah tidak diketahui, tetapi barah didapati biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua. Bertambahnya bilangan pesakit barah adalah disebabkan dewasa ini kita hidup lebih lama dari dulu. Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan barah.
Ada juga barah yang diwarisi seperti barah mata (retina). Barah buah dada juga dikatakan ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa.
Kebanyakan barah dipercayai berlaku akibat dari kemasukan sesuatu dari persekitaran seperti yang terbukti dari radiasi, kimia tertentu atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh mengakibatkan barah. Bahan-bahan yang dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan dan tembakau juga boleh mengakibatkan barah.

Siapa dihidapi barah?

Kanak-kanak juga boleh menghidapi barah, iaitu lazimnya barah lukemia. Lukemia kerap mencari mangsa yang berumur antara 3 hingga 14 tahun. Kaum lelaki pula mengalami barah paru-paru, prostat, usus besar, perut dan pankrias. Kaum wanita yang malang dihinggapi barah buah dada, pangkal rahim, rahim, usus besar, paru-paru dan ovari.

Mengesan barah

Jika barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh, rawatannya lebih mudah dan penyembuhan lebih mudah tercapai. Oleh itu pengdiagnosan yang seawal-awalnya sangat penting. Ketakutan kita pada penyakit barah ada kalanya melengahkan kita dari mendapat kepastian ini.

Barah boleh dikesan dengan berbagai cara seperti:

Sinar X dan imbasan
Biopsi atau mengambil secebis tisu dan diuji
Ujian cairan/lelehan dari tubuh seperti air liur dan lelehan pangkal rahim
Pemeriksaan darah untuk menguji fungsi hati dan tulang
Isotope; iaitu bahan radioaktif dimasukkan ke dalam tubuh, kemudian dikesan melalui sinar X
Termografi; iaitu mengesan suhu pada setiap bahagian yang terlibat. Sel barah lebih tinggi suhunya dari sel normal
Setelah dikesan dan diketahui jenis serta peringkat barah yang dihidapi, rawatan yang tepat dapat dimulakan. Tujuan rawatan ialah untuk memusnahkan semua sel barah.

Cara merawat atau mengubati barah

Doktor akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan peringkatnya. Antara rawatan yang diberi ialah:
Pembedahan untuk membuang keseluruhan ketumbuhan barah termasuk kawasan sekelilingnya serta kelenjar-kelenjar lymph yang berdekatan. Pembinaan semula dilakukan jika perlu seperti 'colostomy', iaitu membina salur najis di atas perut apabila usus dan dubur telah dibuang
Menggunakan radioterapi untuk memusnahkan sel-sel barah. Radiasi memusnahkan bahan genetik sel barah supaya ia tidak berupaya bercambah lagi. Tetapi radiasi juga turut memusnahkan sel yang normal. Proses pemulihan sel normal akan berlaku selepas itu. Selalunya dos radiasi yang selamat diberikan. Ia diberikan setiap hari selama 4 hingga 6 minggu. Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit. Ini boleh dikurangkan dengan tidak membasuhnya, kemudian sapukan kerim. Kelesuan dan cirit-birit akan berlaku jika rawatan dibuat di bahagian perut. Rambut akan gugur jika rawatan dibuat di kawasan kepala, tetapi rambut akan tumbuh semula dalam tempoh 6 bulan. Kesembuhan untuk ketumbuhan setempat seperti di leher dan kepala kadang-kadang boleh dicapai dengan radiasi. Radiasi dilakukan selepas pembedahan untuk meningkatkan kesembuhan seperti pada buah dada. Radiasi juga boleh melegakan gejala-gejala barah terutamanya rasa sakit. Radiasi kadang-kadang dimasukkan sebagai susuk ke dalam mulut, lidah, rahim untuk mengurangkan pemusnahan sel-sel normal.
Kemoterapi iaitu dengan ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah. Rawatan cara ini diberi bila barah telah merebak. Pemusnahan kandungan genetik mengakibatkan percambahan sel barah tidak sempurna, tetapi ia turut melibatkan percambahan sel normal. Kesan sampingan rawatan ini adalah keguguran rambut, loya dan pengurangan sel darah. Ini kerana sel di bahagian kulit, tulang sumsum dan perut bercambah dengan pesatnya.
Terapi hormon diberi pada barah yang bergantung kepada hormon untuk bercambah. Hormon penghalang pengeluaran hormon yang biasa diberi supaya sel barah ini berhenti bercambah.
Rawatan kombinasi juga diberi untuk barah seperti yang dihidapi oleh kanak-kanak. Pembedahan diikuti dengan radioterapi kemudian diikuti dengan ubat-ubatan. Dalam kes barah lukemia dan anemia tertentu, radiasi seluruh tubuh dilakukan sebelum pemindahan tulang sumsum dilaksanakan.
Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup dan sihat sehingga selepas 5 tahun, bolehlah berharap bahawa dia tidak akan lagi dihingapi barah.

Cara mengelak barah

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak berlakunya barah seperti:
Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus menerus
Elakkan menghisap rokok
Elakkan menjalani sinar X kecuali jika benar-benar perlu
Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
Lebihkan makanan yang mengandungi serabut yang tinggi
Kurangkan makan bahan-bahan manis
Tinggal di kawasan yang tidak tercemar udara
Pilih pekerjaan yang tidak mendedahkan diri kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan barah

Tujuh tanda-tanda barah

1] Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan
2] Kudis yang tidak boleh sembuh
3] Perdarahan atau lendir yang luar biasa
4] Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain
5] Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan
6] Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat
7] Batuk yang sentiasa ada atau serak suara

Dipetik dari American Cancer Society

Thursday, 18 September 2014

KENAPA PERLU PENAPIS AIR DIRUMAH?




Pengenalan

Penggunaan alat penapis air di rumah menjadi begitu popular lantaran masyarakat kini semakin sedar tentang kesihatan mereka dan prihatin terhadap kualiti bekalan air awam.

Apakah jenis-jenis alat penapis air di rumah?

Sistem rawatan air di rumah adalah termasuk pelembut air dan penapis air. Ia terbahagi kepada dua kategori asas iaitu : punca tempat air masuk dan punca tempat air diguna. Sistem rawatan air di rumah kategori punca tempat air masuk akan merawat semua air yang disalur masuk dan yang digunakan di rumah.
Manakala sistem rawatan air kategori punca tempat air diguna akan merawat sebahagian air daripada sistem pengaliran air rumah seperti penapis air yang selalunya hanya menggunakan satu kepala paip. Air ini biasanya hanya digunakan untuk minuman dan masakan. Di antara contoh sistem rawatan air kategori punca tempat air diguna adalah penapis air osmosis berbalik, penyulingan dan karbon teraktif.

Sejauh mana penggunaan alat penapis air di rumah begitu popular?

Kaji selidik Kualiti Air Pengguna Peringkat Kebangsaan Januari 1999 menunjukkan bahawa 38% orang dewasa dilaporkan menggunakan alat penapis air di rumah, iaitu peningkatan sebanyak sepuluh peratus sejak tahun 19951. Empat puluh tujuh peratus (47%) responden menyatakan bahawa mereka akan lebih berminat untuk membeli rumah yang telah dilengkapi oleh alat penapis air jika mereka berkeinginan untuk memiliki rumah baru.
Di Pahang, kajian di kalangan isi rumah menunjukkan bahawa hampir separuh daripada mereka mempunyai satu atau lebih alat penapis air di rumah masing-masing. Namun, 44% yang belum mengguna alat penapis air, bercadang untuk memilikinya2. Kajian yang dijalankan di Johor pula menunjukkan hampir sepertiga (34%) daripada anggota pergigian menggunakan alat penapis air di rumah, dari jenis penapis air yang menggunakan sistem karbon teraktif.

Kenapa penggunaan alat penapis air di rumah menjadi pilihan?

Majoriti pengguna menggunakan alat penapis air bertujuan untuk menyingkirkan rasa payau pada air dan juga untuk menyahkan warna atau bendasing yang ada di dalam bekalan air awam. Kesimpulannya penggunaan alat penapis air di rumah adalah untuk manfaat kesihatan dan meningkatkan kualiti air tersebut.


Wednesday, 17 September 2014

TIP KESIHATAN




Tip Kesihatan
11 Tip Kelebihan Minum Air Kosong dengan cukup
1. Boleh Membantu Mengurangkan berat badan:
Minum air membantu anda mengurangkan berat badan. Air minuman mengurangkan kelaparan, ia adalah penahan selera yang berkesan supaya anda akan makan kurang. Tambahan, air mempunyai kalori sifar.
2. Rawatan secara semulajadi untuk Sakit kepala:
Membantu melegakan sakit kepala dan sakit belakang disebabkan dehidrasi.
3. Lihatlah muda dengan kulit yang sihat:
Anda akan kelihatan lebih muda apabila kulit anda adalah betul terhidrat. Air membantu untuk menambah tisu kulit, melembapkan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.
4. Produktiviti yang lebih baik di Tempat Kerja:
otak anda kebanyakannya terdiri air, lantas minum air membantu anda berfikir dengan lebih baik dan menjadi lebih peka.
5. Latihan yang lebih baik:
Air minuman mengawal suhu badan anda. Itu bermakna anda akan berasa lebih bertenaga apabila melakukan senaman. Air juga membantu untuk menjana otot anda.
6. Membantu Penghadaman dan Sembelit:
Minum air meningkatkan metabolisme anda kerana ia membantu dalam penghadaman. Serat dan air seiring supaya anda boleh mempunyai pergerakan usus harian anda.
7. Kurang Kejang dan Terseliuh:
Penghidratan yang betul membantu mengekalkan sendi dan otot yang dilincirkan, jadi anda kurang mendapat kekejangan otot atau cramp.
8. Rasa Sihat dan Kurang Sakit
Minum banyak air membantu melawan penyakit selesema dan lain-lain seperti batu buah pinggang dan serangan jantung. Air menambah dengan limau digunakan untuk penyakit seperti penyakit pernafasan, masalah usus, penyakit sendi dan artritis dan lain-lain Dalam erti kata yang lain salah satu manfaat air minuman adalah bahawa ia boleh meningkatkan sistem imun anda.
9. Melegakan Keletihan:
Air digunakan oleh tubuh untuk membantu mengusir toksin dan bahan buangan daripada badan. Jika badan anda kekurangan air, jantung anda, misalnya, perlu bekerja lebih keras untuk mengepam keluar darah beroksigen kepada semua sel-sel, begitu juga seluruh organ-organ penting, organ-organ anda akan letih dan begitu juga anda.
10. Mood Baik:
Badan anda berasa sangat baik dan itulah sebabnya anda berasa gembira.
11. Mengurangkan Risiko Kanser:
Berkaitan dengan sistem penghadaman, beberapa kajian menunjukkan bahawa meminum jumlah air yang sihat boleh mengurangkan risiko kanser pundi kencing dan kanser kolon. Air mencairkan kepekatan agen penyebab kanser dalam air kencing dan memendekkan masa berada di lapisan pundi kencing.
Air yang dimaksudkan di atas adalah tidak termasuk air teh, air kopi, air milo atau air-air yang bergas tau.... Para sahabat tolong minum air yang secukupnya ya...

CARA MINUM AIR UNTUK KESIHATAN...


Sepanjang hari, anda memang perlu minum air untuk keperluan tubuh. Biasanya, minum dalam lingkungan 6 hingga 8 gelas air YANG DAH DIRAWAT dah memadai. Tapi, anda haruslah sesuaikan juga dengan cara hidup anda gak. Kan lain orang, lain cara hidup dan rutin hariannya. Tak gitu?



minum air mineral



Sebenarnya, terdapat 3 cara minum air yang mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan? Kalau selama nie anda main minum je, cubalah praktikkan amalan berikut:



1. Semasa meminum segelas air, cuba anda amalkan minum dengan 3 kali teguk. Elakkan daripada minum sekali teguk atau senafas.


2. Elakkan daripada meniup air yang nak diminum. Ya, walaupun ianya adalah air panas. Biarkan ia sejuk seketika, kemudian barulah minum.


3. Jangan bernafas di dalam gelas atau cawan atau mug atau kole yang anda tengah minum.



Hurmm... mudah saje, kan? Tapi saya yakin pasti ada di antara anda yang pernah atau selalu buat perkara di atas tu, kan? Jadi, mulai saat ini, diharap anda boleh ubah tabiat minum. Tujuannya supaya ia bukan saja untuk menghilangkan dahaga tapi mampu memberi manfaat kepada tubuh badan anda.


Klik like FB/AURA Water Treatment

Sunday, 14 September 2014

Kenali Penyebab dan Gejala Dehidrasi.



Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cairan ataupun air yang terdapat pada tubuh. Hal ini dapat terjadi karena pengeluaran air atau cairan lebih banyak daripada pemasukan cairan seperti minum. Gangguan kehilangan cairan tubuh disertai dengan adanya gangguan keseimbangan pada zat elektrolit tubuh. Dehidarasi terjadi karena :
Kekurangan zat natrium
Kekurangan air
Kekurangan natrium dan air.
Jenis dehidrasi

Dehidrasi dibedakan menjadi 3 jenis, antara lain :

Dehidrasi Ringan
Kehilangan cairan antara 2-5% dari berat badan. Tanda dehidrasi ringan dengan adanya gejala mulut dan bibir kering serta lengket, turgor kulit normal, denyut jantung menjadi meningkat, tenggorokan kering, sakit kepala.

Dehidrasi Sedang
Kehilangan cairan sekitar 5% dari berat badan. Tanda dehidrasi sedang antara lain : mengantuk, pusing, otot menjadi lemah, mata kering, haus, produksi urin yang sedikit, silau melihat sinar, suhu tubuh meningkat.

Dehidrasi Berat
Kehilangan cairan sekitar 8% dari berat badan. Tanda dehidrasi berat antara lain : urine berwarna kuning gelap sampai menjadi oranye tua, hipotensi, ekstremitas dingin, kram otot, kondisi fisik menjadi sangat lemah, lidah menjadi bengkak, mata cekung, menggigil, penurunan fungsi ginjal, kulit menjadi kering, terkadang bisa terjadi pingsan.

Gejala dehidrasi

Ada beberapa gejala yang dialami para remaja dan dewasa, antara lain :
Sering merasa pusing
Urin berwarna gelap
Lemah
Mual
Muntah
Denyut jantung meningkat
Ternggorokan kering
Haus
Produksi urin menjadi sedikit
Mengantuk
Itulah 10 gejala ketika sedang mengalami dehidrasi. Berikut adalah penyebab dehidrasi yang harus diketahui.

Penyebab dehidrasi

Ada beberapa hal yang menjadi penyebab dehidrasi, antara lain :
Muntah, karena muntah dapat menghilangkan cairan dalam tubuh dalam jumlah besar.
Olahraga yang berlebihan yang tidak dibarengi dengan asupan cairan yang cukup.
Sinar panas cahaya matahari.
Melakukan diet yang keras.
Konsumsi obat-obatan yang digunakan dalam jangkauan lama.
Anda harus mengenali penyebab dan gejala dehidrasi tersebut. Semoga artikel ini membantu Anda dan terima kasih.

Thursday, 11 September 2014

PENCEMARAN AIR

SUNGAI SAMPAH

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.

KESAN PENCEMARAN AIR
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR
Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang.Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.