Mengikut statistik yang dijalankan, kira-kira 1.1 bilion
orang diseluruh dunia tidak mendapat air yang benar-benar bersih daripada bahan
tercemar dan selamat untuk diminum. Setiap tahun, hampir 5 juta manusia yang
mati akibat penyakit yang berpunca daripada pencemaran air .
Penceramaran air disebabkan oleh banyak faktor . Antaranya
termasuklah pencemaran daripada paip
yang sudah berkarat. Paip besi yang bergalvani mempunyai jangka hayat
perkhidmatan kira-kira 30-50 tahun.
Walaubagaimanapun kos penggantiannya amat mahal dan sangat
merumitkan untuk dijalankan.Meskipun kerajaan kita telah berusaha untuk
melakukan pelbagai cara bagi menangani
pencemaran air namun paip air yang telah terhakis itu sememangnya sukar untuk dielakkan. Bayangkan
paip air yang telah berusia hampir berpuluh tahun.sudah tentu kandungan karat
yang terdapat dalam paip tersebut menjadi semakin tinggi.
Karat yang terkumpul di dalam paip air itulah yang menjadi
punca di sebalik air yang keruh yang mana diperolehi daripada paip yang
mengalir di seluruh negara. Masalah air paip yang keruh ini lebih kerap terjadi
di kawasan kampung atau kawasan setinggan.Sememangnya air keruh ini menyebabkan
pelbagai implikasi terhadap kehidupan kita . Baju yang dahulunya putih
kini bertukar warna kepada keperang-perangan.
Berhentilah daripada meminum air yang dicemari karat. Dengan
teknologi masa kini,pelbagai sistem penulenan air dicipta bagi membendung
masalah pencemaran air. Dengan sistem penapis yang pelbagai fungsi,maka
pemcemaran air dapat dikurangkan.Lebih-lebih lagi untuk air yang diminum
Jadi,lindungilah keluarga dan diri anda daripada pencemaran
dalam air minuman kita. Air merupakan
sumber kehidupan kita.Setiap titis yang kita minum itu adalah sangat
bernilai.
No comments:
Post a Comment